Berikan Kami 7 Minit & Cara Paling Mudah Untuk Memulakan Perniagaan Sendiri Akan Dibongkarkan..
"Telah Terbukti Bahawa Perniagaan Berkonsepkan Dropship Di Internet Mampu Memberikan Anda Pulangan Yang Lumayan — Tanpa Modal Yang Besar, Berisiko Rendah & Tanpa Produk Sendiri!"
Saat Ini Seramai 1051 Orang Telah Menggunakan Sinar Niaga Untuk Menjana Pendapatan & Mencatatkan Jumlah Transaksi Sebanyak RM277,515.06!
(Untuk kualiti video yang maksimum, pastikan HD dihidupkan dengan klik pada butang HD pada video diatas)
Dalam Report Eksklusif "Fenomena Bisnes Dropship", kami telah mendedahkan kepada anda secara telus apakah itu bisnes dropship dan bagaimanakah ia dapat memberikan keuntungan lumayan kepada anda tanpa perlu modal yang besar dan tanpa perlu menyimpan stok.
Malah, kami juga mendedahkan teknik bagaimana anda ingin pasarkan produk dropship tersebut di internet. Anda boleh download PERCUMA laporan tersebut di sebelah kanan web ini.
Apakah Itu Dropship?
Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.
MAKLUMAN: Perniagaan berkonsepkan dropship bukanlah MLM, sistem piramid, skim pelaburan internet, autosurf, HYIP, sistem derma duit, nigerian scam, online forex dan apa-apa program yang modus operandinya sama.
Ramai yang beranggapan dropship adalah skim cepat kaya yang mana mengamalkan konsep 4D iaitu duduk diam dapat duit. Dropship juga seringkali di salah erti kerana mengamalkan konsep mengambil untung atas angin.
Sebenarnya perniagaan berkonsepkan dropship adalah perniagaan yang sebenar yang mana dipermudahkan dengan menggunakan teknologi internet. Perniagaan ini masih mempunyai produk untuk dijual dan ahli masih perlu melakukan promosi agar produk ini terjual. Apabila produk yang dipromosikan terjual, barulah keuntungan diperolehi.
Jadi tidak timbul isu duduk diam dapat duit. Walaupun ahli hanya menggunakan gambar untuk tujuan promosi tetapi ini tidak salah di sisi muamalat Islam kerana mengikut Ustaz Zaharddin, seseorang individu berhak mendapat untung atas angin di atas usahanya mempromosikan produk tersebut.
Urusniaga dropship ini dikenali dalam istilah fiqh Islami sebagai bai’ istijrar. Jual beli barang tiada yang dibuat oleh ahli adalah dibenarkan kerana ada deskripsi produk yang spesifik dan penghantaran dapat dibuat. - Suzardi Maulan (Pakdi), Islamic Financial Planner.
Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:
- Tidak melibatkan modal yang besar.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
- Risiko perniagaan ini amat rendah.
- Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
- Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
- Amat senang dan mudah diuruskan!
Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.
Bukankah bisnes ini amat mudah untuk diuruskan?
Situasi Bisnes Konsep Dropshiping:
Pihak penyedia servis dropship akan memberikan anda akses kepada produk dengan harga borong. Sebagai contoh, harga borong sehelai baju ialah RM31.00 + RM7.00 kos penghantaran.
Anda menjual baju tersebut di Facebook dengan harga pasaran yang mampu anda jual. Sebagai contoh, anda menjual baju yang dengan harga pasaran iaitu RM50.00 + RM7.00 kos penghantaran. Pelanggan membuat pembayaran sebanyak RM57.00 kepada anda sedangkan anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM38.00 sahaja kepada pihak dropship untuk baju tersebut.
Dalam situasi perbezaan harga inilah keuntungan anda. Dalam contoh yang diberikan, anda berjaya memperolehi untung sebanyak RM57.00 - RM38.00 = RM19.00! Cukup mudah.
Jika dalam seminggu anda mampu menjual lebih kurang 10 baju yang memberikan anda keuntungan atas angin sebanyak RM19 setiap satu unit, maknanya dalam sebulan anda akan mengaut untung bersih sebanyak RM760. Bukankah ia sangat menguntungkan dan realistik untuk dicapai?
"Jom Jadi Usahawan Dropship Bersama Sinar Niaga & Menjana Keuntungan Sehingga 4 Angka Setiap Bulan!"
Sinar Niaga merupakan laman web yang menawarkan perkhidmatan dropshipping eksklusif untuk anda yang ingin menjalankan perniagaan anda dengan kos yang minimum dan risiko yang rendah.
Produk-produk yang dijual di Sinar Niaga merupakan produk yang senang dan laris dijual pada hari ini. Anda hanya perlu membeli dengan harga borong daripada kami, dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada para pelanggan anda.
Kini anda tidak perlu bimbang lagi, anda hanya perlu menjualnya dan kami akan menguruskan tempahan dan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda!
Usah bimbang, anda tidak perlu meluangkan masa ataupun mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya. Anda hanya memerlukan 6 langkah mudah untuk membuat duit yang lumayan daripada perniagaan dropship bersama Sinar Niaga:
Langkah 1 : Mendaftar di Sinar Niaga
Daftar di Sinar Niaga (dot) com dan anda akan mendapat kedai online khas dengan - namaanda.sinarmall.comLangkah 2 : Mengakses & memilih Produk
Anda akan dapat mengakses ruangan khas untuk memilih produk-produk yang anda berminat untuk lakukan promosi.Langkah 3 : Melakukan Promosi
Lakukan promosi secara online (kedai online ) ataupun offline (katalog) atau mengikut kreativiti anda sendiri untuk dapatkan jualan.Langkah 4 : Menerima Pembelian
Pembeli akan membuat pembayaran kepada anda bagi setiap jualan yang berjaya dibuat menerusi kedai online anda.Langkah 5 : Menguruskan Pembelian
Anda membuat pembayaran kepada Sinar Niaga untuk produk yang ditempah dengan harga yang lebih khas yang lebih rendah.Langkah 6 : Pembelian Selesai!
Setelah tempahan dan pembayaran diterima dari anda, pihak Sinar Niaga akan terus menghantar produk kepada pembeli anda. Pelanggan anda akan menerima produk & anda pula akan mendapat keuntungan mudah.
Dengan hanya 6 langkah mudah ini, anda akan dapat menikmati keuntungan "atas angin" dan dapat menjimatkan masa serta kos yang banyak!
Dapatkan Laporan Lengkap Perniagaan Dropshippping Bernilai RM37 Secara PERCUMA!
Akmal Najiy - Jualan Pertama Melalui Facebook
Akmal Najiy mula membuat jualan pertama menggunakan Facebook dengan fokuskan kepada Fan Page yang beliau cipta khas iaitu (http://goo.gl/voGWR). Fan page beliau kini mempunyai kira-kira 7,229 ahli yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Beliau banyak menggunakan soft-selling skills untuk mempromosikan barangan dropship Sinar Niaga kepada ahli Facebook Fan Pagenya. "Saya menjerit kesyukuran selepas dapat membuat jualan pertama" kata Akmal Najiy di dalam forum tertutup.
Faezon Che Bakar - RM45O Jualan Pertama!
Beliau dan menyertai dropship Sinar Niaga setelah percaya dengan kredibiliti kami. Beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk setup blog (www.umyra.biz) bagi menjual barangan produk Sinar Niaga dan beliau hanya fokuskan kepada pakaian baju muslimah.
Setelah 2 minggu mempromosikan, akhirnya beliau berjaya membuat jualan sebanyak 12 helai baju muslimah dan menjana keuntungan bersih sekitar RM120 hanya daripada seorang pelanggan! Satu angka yang besar untuk beliau sebagai seorang pelajar
Hasnah Hasan - Keuntungan RM200 Sebulan
Beliau telah bermula pada bulan Jun 2011 sebagai ahli Sinar Niaga dan telah berjaya menjual banyak produk Sinar Niaga secara online. Bagi beliau Sinar Niaga merupakan platform yang bagus sebagai permulaan untuk menjana pendapatan.
Sebagai langkah permulaan beliau menjual melalui produk Sinar Niaga melalui Facebook Fan Pages Nasha Online (www.goo.gl/jy5GQ) dengan purata keuntungan RM200 sebulan. Jualan bagi bulan Julai sahaja sudah mencecah sehingga RM600 dan beliau optimis untuk menggandakan lagi jualan pada bulan akan datang dengan Sinar Niaga.
Puan Ieda - Sinar Niaga Adalah Yang Terbaik!
Sinar Niaga adalah laman web servis dropship yang terbaik setakat ini yang pernah saya jumpa di mana sistemnya mudah untuk digunakan dan mesra pengguna. Sinar Niaga juga menyediakan bahan pemasaran seperti kedai online yang mana para pelanggan boleh terus membuat pembelian.
Wah, rasa seronok gila apabila jualan pertama saya perolehi adalah melalui kedai online (amiedagaleria.sinarmall.com) yang disediakan oleh Sinar Niaga. Ternyata sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan sampingan dengan Sinar Niaga!
Abdullah Ismail - Formula Bisnes Yang Dicari!
Konsep perniagaan Sinar Niaga adalah formula perniagaan yang saya cari-cari. Melalui Sinar Niaga, saya hanya menumpukan kepada usaha mempromosi dan membuat jualan melalui web (www.edaransalindah.com) sahaja.
Tanpa perlu memikirkan modal untuk membeli dan menyimpan stok atau bagaimana untuk saya mengeposnya kerana ia diuruskan oleh Sinar Niaga. Terima kasih Sinar Niaga kerana merealisasikan impian saya!
Perlukan Bantuan? Hubungi Kami!
Pejabat : 03-40234641
En. Zairol : 019-3855569
Cik Roslina : 019-3131796
Emel : support@sinarniaga.com
Isnin - Jumaat: 9 pagi - 5 petang
Sabtu: 9 pagi - 1 petang
Benarkah Sinar Niaga Telah Membantu Ramai Orang?
Kami telah berpengalaman lebih 5 tahun di dalam perniagaan Internet dan berbelas tahun di dalam perniagaan konvensional. Jadi, kami bersependapat inilah satu konsep perniagaan yang paling ringkas, mudah dan praktikal untuk anda lakukan pada peringkat permulaan sebelum anda bermula ke peringkat yang lebih tinggi.
FAKTA: Jumlah Transaksi Sinar Niaga Sekarang Ialah RM277,515.06!
Kami taknak bercakap panjang, di bawah adalah beberapa bukti kejayaan ahli dropship Sinar Niaga yang telah berjaya menjana pendapatan melalui sistem kami...

(Contoh: Sebahagian kecil transaksi yang berlaku di Sinar Niaga..)

(Contoh: Sebahagian kecil transaksi yang berlaku di Sinar Niaga..)
Kali ini kami tidak mengambil pendekatan dengan menunjukkan berapa yang kami dapat tetapi menunjukkan kepada anda transaksi sebenar ahli Sinar Niaga itu sendiri. Sebanyak 1051 orang telah menyertai perniagaan dropship bersama Sinar Niaga, anda bila lagi?
Sinar Niaga Di APEC YES 2011!
Sinar Niaga telah terpilih untuk diketengahkan di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 dalam sesi Creative Art kerana ia adalah satu inovasi di dalam dunia perniagaan.

Di dalam sesi tersebut, Adly Mukhtar (Dropship Sinar Niaga) berkongsi pentas bersama 3 orang speaker lain bagi mengetengahkan idea kreatif masing-masing iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina (The Secret Life of Nora), Tuan Haji Burhanuddin (Animasi Upin & Ipin) dan Leon Tan (War Of The Worlds : Goliath).
Para peserta yang hadir daripada 21 buah negara begitu tertarik dengan konsep Sinar Niaga ini yang mana bagi mereka ini adalah satu idea yang cukup kreatif untuk membuka peluang pendapatan kepada masyarakat. Anda pula bagaimana? Masih ragu-ragu sedangkan sistem kami terpilih untuk diketengahkan di APEC YES 2011!
Ada Tak Yang Berjaya Menjana Pendapatan Pertama?
Mungkin anda tertanya-tanya, ada tak individu yang berjaya menjana paling kurang RM10 pertama dengan Sinar Niaga? Baiklah, hari ini kami akan dedahkan beberapa kisah kejayaan kecil tetapi memberi impak yang besar buat semua. Berikut merupakan beberapa screenshot dari ahli Sinar Niaga yang diambil di ruangan Facebook Group tertutup. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dan ada yang berjaya membuat jualan pertama di internet melalui sistem Sinar Niaga!







Dan banyak lagi screen shot kejayaan jualan yang tak larat untuk kami letakkan di sini.
Pendedahan Kisah Kejayaan Salah Seorang Ahli Sinar Niaga..
Bukan sekadar screen shot, tetapi kami juga ingin menedahkan kisah kejayaan sebenar mengenai salah seorang ahli Sinar Niaga yang mampu meraih pendapatan sehinggan 4 angka sebulan setelah menyertai Sinar Niaga. Baca kisah penuh di bawah...
Pelajar Sarjana Muda Menjana Pendapatan RM2788 Sebulan!
Masyitah Binti Md Hassan merupakan pelajar sarjana muda sepenuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memikirkan perlunya untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung keperluan kehidupan seharian. Beliau mula menyertai Sinar Niaga pada Ogos 2011 namun mengambil semasa sebulan sebelum mengorak langkah untuk menjalankan bisnes ini.
Pada September 2011, beliau telah membina satu Facebook Group yang diberi nama Masyitah Mall untuk mempromosikan barangan daripada Sinar Niaga.
Daripada usaha mempromosikan menggunakan Facebook tersebut, beliau berjaya mendapat jualan Sinar Niaga yang pertama. Kemudian pada bulan Oktober 2011, beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2788.00 dengan keuntungan sebanyak RM625.00! Kami di pihak Sinar Niaga berasa sungguh bangga di atas pencapaian ini dan berharap anda juga dapat mengikut jejak langkah beliau!
Bacaan Penuh: http://blog.sinarniaga.com/pelajar-menjana-rm2788-sebulan-dengan-sinar-niaga/
Namun, kami akui bahawa tidak semua ahli Sinar Niaga mampu membuat jualan setakat ini kerana masing-masing bergantung kepada skill individu untuk melakukan pemasaran. Masih ramai yang hanya melanggan Sinar Niaga, tetapi mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Namun, Insyallah kami akan membantu semua ahli Sinar Niaga di forum tertutup.
Apakah Produk Yang Sinar Niaga Tawarkan Kepada Ahli?
Hasrat kami di Sinar Niaga untuk menjadi penyedia servis dropship terbaik Malaysia. Untuk menjadi terbaik, kami perlu menawarkan produk yang pelbagai kepada para pelanggan kami agar mereka mempunyai pelbagai pilihan.
Namun, sebagai permulaan kami menawarkan beratus jenis produk yang terdiri daripada baju muslimah, seluar muslimah, baju Melayu, teddy bear, tudung Syria & Thai Silk, shawl mermaid, jubah moden, telekung sulam dewasa & kanak-kanak, kit jenazah, al-quran digital, kosmetik halal, pinggan mangkuk Corelle dan banyak lagi!
Pada masa sama kami akan sentiasa mencari vendor baru setiap bulan bagi menampung keperluan ahli Sinar Niaga setiap bulan. Namun, pemilahan vendor bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami perlu mencari produk terus dari kilang agar harga yang dapat ditawarkan kepada anda adalah benar-benar rendah dari pasaran.
Contoh Produk Yang Boleh Anda Jual..
Di bawah adalah sebahagian kecil produk yang kami perincikan dari segi harga pasaran, harga borong dan keuntungan yang anda bakal perolehi dengan menjualnya di internet.

Kami pasti anda sudah dapat mencongak berapakah keuntungan bulanan yang bakal anda perolehi jika dapat akses kepada ratusan jenis produk untuk mendapat harga borong. Tahukah anda ada pelajar yang buat secara part-time dapat menjana pendapatan sehingga RM2000 sebulan dengan perniagaan konsep ini?
Jika anda masih ragu-ragu, cuba lihat satu bukti pendapatan kami menjual produk di internet:




Di atas merupakan salah satu bukti pendapatan kami melalui perniagaan Internet yang sebenar. Sejak tiga tahun lepas kami telah menjalankan perniagaan berkonsepkan dropship dengan menjual produk fizikal menerusi internet. Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan atas angin!
Kami telah menggunakan teknik ini untuk menjual pelbagai produk di pasaran luar negara dan alhamdulillah teknik ini memang memberikan hasil yang agak lumayan. Secara purata, kami mendapat keuntungan bersih RM100 sehari dengan menggunakan teknik ini. Ramai yang tahu teknik ini tetapi tidak mempraktikkanya.
6 Kelebihan Utama Jika Anda Memulakan Perniagaan Dropship Bersama Sinar Niaga..
1. kedai online - namaanda.sinarmall.com
Anda akan memperolehi sebuah kedai online berdasarkan pilihan subdomain anda sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja. Ini akan memudahkan anda untuk menjual produk Sinar Niaga melalui apa jua medium online yang dirasakan sesuai.
Kedai online yang kami sediakan ini cukup mesra pelanggan dengan rekabentuk yang menarik, susunan produk yang kemas, sistem pembayaran yang mudah dan sebagainya.
2. Ruangan Khas untuk Menguruskan Kedai Online Anda
Anda boleh menguruskan sistem kedai online ini dengan log masuk ke ruangan admin Sinar Niaga. Anda dengan senang boleh memilih rekabentuk kedai online yang menarik bagi anda, menukarkan no akaun untuk menerima pembayaran dan banyak lagi tanpa perlu memiliki kemahiran teknikal.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat statistik jualan, mengurus tempahan dari pelanggan dan sebagainya di dalam ruangan admin Sinar Niaga.
3. Katalog Untuk Membantu Pemasaran Anda
Anda akan memiliki katalog untuk memasarkan produk Sinar Niaga secara berkala bagi setiap vendor yang ada untuk anda melakukan pemasaran secara offline. Berdasarkan kajian para ahli akan cukup mudah untuk mendapat pelanggan apabila menjual menggunakan katalog.
Bukan itu sahaja, pihak kami juga akan memberikan anda e-katalog yang boleh di muat turun secara percuma dan anda boleh print untuk digunakan sebagai bahan promosi secara offline.
4. Pilihan Produk Yang Pelbagai
Dengan menjadi ahli Sinar Niaga, anda mendapat akses kepada ratusan produk yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran berdasarkan pengalaman kami bertahun-tahun di dalam bisnes trading.
Kami juga akan mencari vendor yang berkualiti tinggi agar dapat memberi manafaat kepada ahli Sinar Niaga dan pada masa yang sama terus meningkatkan jumlah produk di Sinar Niaga.
5. Menjana Keuntungan Lumayan "Atas Angin"
Sebahagian besar produk yang berada di dalam Sinar Niaga adalah hasil produksi kami sendiri dengan adanya kilang kami di Bangkok, Thailand. Oleh itu, kami dapat menawarkan produk kepada ahli Sinar Niaga dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.
Pihak kami juga memilih vendor yang mampu memberikan kami produk dengan harga yang rendah namun dengan kualiti produk yang baik. Jadi, ahli Sinar Niaga akan mendapat keuntungan maksima bagi setiap produk yang kami tawarkan!
6. Ruangan Support & Perbincangan Tertutup
Sinar Niaga telah menyediakan satu ruangan khas seperti forum tertutup dan private Facebook group untuk perbincangan para ahli mengenai pelbagai topik yang dirasakan sesuai.
Di ruangan tertutup ini juga akan di ajar dengan teknik pemasaran secara online dan offline. Lebih menarik, ahli Sinar Niaga yang lama juga cukup ringan tangan untuk membantu ahli baru seperti anda agar berjaya seperti mereka.
Apa Kata Pakar Perniagaan Mengenai Sinar Niaga?
Dapat Membantu Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat!
Model perniagaan yang diperkenalkan oleh Sinar Niaga memberikan peluang yang cukup baik kepada mereka yang ingin belajar dan menceburi bidang keusahawanan tanpa melibatkan modal dan kemahiran yang spesifik.Diharapkan dengan model perniagaan sebegini yang begitu fleksibel dari segi masa dan modal serta risiko yang minima,dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan mendidik lebih ramai rakyat untuk menjadi usahawan.
- Nik Mohd Nasrudeen, Pengerusi Dewan Muda DPMMNK
Semoga Melahirkan Lebih Ramai Usahawan!
Tahniah diucapkan kepada pihak Sinar Niaga yang telah menyediakan peluang serta platform yang mudah ini untuk masyarakat menjalankan perniagaan. Apa yang menarik, Sinar Niaga akan membuka peluang baru untuk masyarakat khususnya anda memulakan perniagaan dengan modal dan risiko yang minima! Semoga platform ini dapat melahirkan lebih ramai para usahawan kelak dengan tawaran pelbagai produk yang terhangat di pasaran.
- Mohd Suhaimy, Founder WangCyber.com
Sinar Niaga Adalah Sesuatu Yang Hebat!
Pertama sekali ucapan kami adalah sejumlah tahniah atas usaha hebat Flarebiz Network atas kewujudan web dropship pertama SinarNiaga yang paling integrated di Malaysia. Tidak keterlaluan kami katakan juga, antara paling hebat di Asia jika tidak didunia. Bercakap atas dasar salah seorang pembekal produk untuk SinarNiaga, kami berasa teruja dan bangga kerana diberikan penghormatan untuk membekalkan produk berkualiti kepada agen Sinar Niaga.
Adalah sesuatu yang hebat kerana web dropship SinarNiaga memberikan rantaian pendapatan kepada pembekal, pihak sinar, dan juga agen SinarNiaga. Kami harap hubungan kerjasama bersama dropship SinarNiaga dapat dikembangkan lagi pada masa hadapan. Kami juga mahu menjadi sebahagian dalam kisah kejayaan dropship SinarNiaga. Anda tidak perlu menunggu malah jauh sekali meragui keberkesanan program dropship SinarNiaga kerana kami sendiri memberikan recommendation!
Harus diingat, recommendation kami bukan disebabkan kami adalah pembekal tetapi adalah berdasarkan rekod kami sendiri yang merupakan antara pengasas keusahawan internet di Malaysia (ex Team SaifulSham.com) dan juga rekod Flarebiz. Ia ibarat sebuah sinergi daripada gabungan kumpulan terhebat!
- Wan Syazwan, Penulis Buku Rahsia Buat Duit Di Internet
Dapatkan Akaun Sinar Niaga Dengan Hanya RM20 Sebulan!
Ramai yang terkejut apabila kami nyatakan yuran untuk melanggan Sinar Niaga hanya serendah RM20 sahaja setiap bulan. Dengan pelaburan serendah ini, ada yang telah mampu menjana pendapatan sehingga 10 kali ganda atau lebih! Kami percaya anda juga mampu melakukannya.
Kami menawarkan yuran langganan web dropship yang termurah di pasaran. Kebiasannya anda perlu membayar sehingga RM100 sebulan untuk melanggan laman dropship luar negara. Yuran bulanan ini juga sebagai bukti komitmen anda untuk berjaya di dalam perniagaan dropship ini! Dengan yuran ini pihak kami akan menyediakan paltform yang baik untuk anda menjual.
Tahukah anda, keuntungan dengan anda menjual satu produk sahaja setiap bulan sudah mampu untuk membayar yuran bulanan Sinar Niaga. RM20 sebulan bukanlah sesuatu yang besar. Malah kadang-kadang RM20 ini boleh dibelanjakan untuk makan tengah hari sahaja!
Tunggu Dulu! Ada Bonus Hebat Untuk Anda!
Jika anda melanggan Sinar Niaga hari ini, maka kami akan berikan anda satu bonus eksklusif iaitu temubual bersama dua orang usahawan internet yang telah berjaya. Mereka yang kami maksudkan ialah saudara Alif SoccerPitstop dan Hafizi Zain BigTeddyBear2u.
Mereka akan berkongsi dengan anda bagaimana mereka melakukan pemasaran produk menggunakan medium internet. Temubual ini adalah sesuatu yang eksklusif dan belum pernah didedahkan di mana-mana laman web. Bonus ini bernilai RM150!
Video Pembelajaran Secara Berkala...
Malah, anda juga akan memperolehi video daripada pihak kami secara berkala yang akan menerangkan tip pemasaran, tip produk, teknik menjual dan sebagainya.
Video yang berinformasi dan berkualiti tinggi ini hanya khas untuk warga Sinar Niaga sahaja agar komuniti kita akan terus berkembang dan berdaya saing.
Kami juga akan menghasilkan video pembelajaran berdasarkan apa yang ahli Sinar Niaga ingikan melalui forum tertutup.
Koleksi video yang bertujuan untuk mendidik ini akan dihasilkan secara berkala dan bonus ini tidak ternilai harganya! Jika di laman web lain, anda perlu membayar sehingga RM100 setiap bulan untuk mendapatkan koleksi video yang berinformasi ini. Namun di Sinar Niaga, kami akan berikan semua ini kepada anda secara percuma.
Langgan Sekarang & Mulakan Bisnes Dropship Anda Dalam Masa 5 Minit!
Kami Amat Yakin & Percaya Bahawa Anda Mampu Berjaya Mengaut Keuntungan Yang Lumayan Hasil Daripada Perniagaan Dropship Bersama Kami Di Sinar Niaga!
Ya! Berikan Saya Akses Sinar Niaga Sekarang Juga!
Kini tinggal beberapa langkah untuk anda mendapatkan akaun lengkap Sinar Niaga dan akses kepada ratusan produk dropship dengan harga borong. Anda juga telah bersedia untuk menjana pendapatan dengan perniagaan berkonsepkan dropship bersama Sinar Niaga.
Saya faham bahawa :
- Bayaran pendaftaran Sinar Niaga ialah RM100.
- Yuran bulanan Sinar Niaga bagi setiap 3 bulan ialah RM60.
- Tiada caj yang tersembunyi.
Berbaloikah Melanggan Sinar Niaga Dengan Kos RM160?
Persoalan berbaloi atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri. Namun, jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan sendiri dan pada masa yang sama ingin menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan maka anda perlu memiliki satu akaun Sinar Niaga.
PESANAN DARI PEMBEKAL KAMI...
Anda lihat sendiri gambar betapa susahnya kami ke luar negara mencari Corelle untuk anda. Dengan berdaftar sebagai ahli Sinar Niaga, anda boleh melupakan susah payah proses mendapatkan Corelle.
Apa yang anda lakukan, hanya promosi dan jana pendapatan tanpa memikirkan untuk membina muscle di lengan seperti kami kerana setiap hari mengangkut Corelle yang beratnya sekitar paling kurang 6kg. Oh!
- Wan Syazwan & Wan Syamim
Tahukah anda, untuk memulakan perniagaan menjual produk fizikal di internet, semua anda perlu lakukan sendiri bermula pemilihan produk, mencari pembekal, menyediakan platform, menghantar produk kepada para pelanggan dan melakukan pemasaran.
Berdasarkan pengalaman kami sendiri, kami telah meluangkan banyak tenaga untuk pergi mengambil produk dengan pembekal kemudian terpaksa mencari pembekal lain andaikata produk tersebut kehabisan stok.
Malah banyak masa juga dihabiskan untuk 'packing' produk yang hendak di hantar kepada para pelanggan. Kami juga telah melaburkan wang yang banyak untuk memiliki stok sendiri dan membina platform untuk menjual. Pendek kata, kalau kami gagal maka kami akan terduduk dan mungkin berputus asa! Sedangkan kita sebagai seorang usahawan perlu luangkan banyak masa untuk melakukan pemasaran.
Anda tidak perlu lakukan seperti apa yang telah kami lakukan sebelum ini kerana di Sinar Niaga semuanya telah tersedia untuk anda! Cuba anda bandingkan...
| Bisnes Bersama Sinar Niaga | Bisnes Tanpa Sinar Niaga | |
| Modal Permulaan | Hanya RM100 yuran pendaftaran dan yuran bulanan sebanyak RM20. Semua produk telah disediakan untuk anda pasarkan. | Perlu laburkan sejumlah wang minimum RM5,000 untuk membeli stok produk agar mendapat harga produk yang rendah. |
| Peruntukan Masa | Dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu packing dan pergi ke pejabat pos untuk menghantar produk kepada para pelanggan. | Banyak masa diluangkan untuk mencari pembekal yang boleh dipercayai dan mencari bahan untuk packing produk. |
| Risiko Perniagaan | Terlalu rendah kerana tidak perlu menyimpan stok produk dan tidak membayar yuran yang mahal. | Berisiko tinggi kerana perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menyimpan stok produk. |
| Platform Menjual | Disediakan sebuah kedai online, gambar produk, e-katalog, katalog dan sebagainya. | Perlu membina platform menjual sendiri yang akan menelan kos yang tinggi. |
| Sokongan Moral | Sinar Niaga merupakan satu komuniti usahawan dan ramai yang telah berjaya sudi untuk berkongsi pengalaman mereka. | Perlu mencari rangkaian sendiri untuk terus kekal bermotivasi. |
| Bantuan Bisnes | Terdapat forum dan group tertutup untuk berdiskusi sesama ahli. Malah terdapat beberapa bahan pembelajaran seperti audio dan video. | Tiada. |
Kenapa anda perlu memilih jalan yang susah sedangkan jalan yang lebih senang dan terjamin ada di depan mata anda sekarang?
3 Jaminan Sinar Niaga Kepada Anda!
Kami dapat memberikan anda 3 jaminan apabila anda melanggan Sinar Niaga. Pertama anda akan berpuas hati dengan apa yang kami sediakan untuk anda sebagai ahli Sinar Niaga.
Kedua anda akan mendapat pendapatan anda yang pertama melalui internet secara konsisten jika anda benar-benar ikut apa yang ahli Sinar Niaga lain lakukan. Ketiga pihak kami sentiasa berusaha untuk membantu anda mempelajari selok belok perniagaan berkonsepkan dropship.
Bertindak Sekarang Atau Terus Melihat Kejayaan Orang Lain!
Sinar Niaga Membantu 80% Untuk Anda Menjadi Usahawan!
Jika anda mahu berniaga, terdapat 2 perkara yang anda perlu lihat.
1) Adakah anda mempunyai produk atau servis?
2) Adakah anda tidak mempunyai produk atau servis?
Jika jawapan anda no 1 , anda perlu buat kajian produk atau servis di dalam Internet. Dan ini mengambil masa berbulan-bulan dan mungkin bertahun untuk mendapatkan produk dan servis yang sesuai.
Dan jika anda tiada produk dan servis, ini juga akan menyusahkan anda. Akhirnya anda akan ambil masa 2-3 tahun untuk 'Trial & Error".
Bagaimana nak selesaikan masalah ini?
Anda perlukan 1 platform (tempat menjual) dan 1 kenderaan (barang yang boleh dijual) untuk membolehkan anda berniaga. Dan komponen ini ada pada Sinar Niaga. produk sudah dikaji sepenuhnya, pengurusan sudah diuruskan sepenuhnya (tiada overhead). Apa yang anda perlu buat tinggal 20% sahaja, iaitu belajar dan buat pemasaran. (itu pun turut disediakan).
Jika anda masih lagi ragu-ragu atau masih memilih, pendapat saya itu adalah alasan diri sendiri. Tepuk dada, tanya usaha! Mungkin anda nampak saya agak tegas, tetapi jika anda sudah lama berniaga, anda faham apa yang saya maksudkan.
- Gero Azrul, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia
Progam Dropshipping Sinar Niaga


