Vendor merupakan sekumpulan usahawan yang menjalankan perniagaan, dengan menjadi pemborong dan pembekal kepada peniaga-peniaga runcit.

Sinar Niaga merupakan sistem dropship yang dicipta oleh syarikat Sinar Inspirasi Niaga Sdn Bhd. & Flarebiz Network Sdn. Bhd.

Objektif kami adalah mewujudkan kerjasama di antara pihak vendor, bagi memperluaskan lagi cabang pemasaran produk bisnes sedia ada, dan memberikan peluang kepada usahawan bumiputera, untuk menjalankan perniagaan.

  1. Wajib memiliki sijil pendaftaran perniagaan (SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  2. Perjanjian kerjasama dengan pihak Sinar Niaga dilakukan menerusi proses perundangan bersurat.
  3. Tempoh perjanjian mengikut persetujuan kontrak yang ditetapkan. Tempoh kontrak adalah 4 bulan, 8 bulan atau 12 bulan.
  4. Terdapat 2 cara bagi pihak vendor membekalkan produk;
    1. Produk sendiri atau produk daripada pemilik asal.
    2. Produk cadangan daripada pihak kami.
  5. Produk yang dibekalkan mesti mempunyai permintaan yang baik di pasaran. Untuk hal ini, pihak kami akan membuat penilaian dan membuatkan analisis SWOT terlebih dahulu.
  6. Vendor yang telah dilantik mesti menyediakan stok yang mencukupi.
  7. Proses pemasaran dan jualan diuruskan oleh pihak Sinar Niaga.
  8. Pihak vendor harus menyediakan seorang staf sokongan khas, bagi membantu kerjasama perniagaan ini. (pilihan/optional)
  9. Pihak vendor perlu membekalkan bahan sokongan perniagaan, seperti gambar produk dan sebagainya.
  10. Pembayaran keuntungan akan dilakukan dalam tempoh seminggu sekali.

1. Mewujudkan Jalinan Kerjasama

Membentuk kerjasama di antara pihak Sinar Inspirasi Niaga Sdn Bhd dan Flarebiz Network Sdn Bhd.

2. Meningkatkan Jualan dan Pemasaran

Pihak kami sudah mempunyai pengalaman dalam pemasaran online lebih daripada 4 tahun, dan 12 tahun dalam industri trading. Ini dapat membantu pihak vendor untuk meningkatkan lagi jumlah keuntungan bisnes.

Sehingga kini pihak Sinar Niaga sudah mempunyai ratusan ahli dan usahawan sedia ada.

3. Pembayaran Keuntungan

Ketika ini pihak kami menyediakan 3 jenis pelan pembayaran iaitu:

  1. Pembayaran dilakukan 1 kali seminggu.
  2. Pembayaran dilakukan 1 kali untuk 2 minggu.
  3. Pembayaran dilakukan 1 kali sebulan.
  1. Menyediakan modal yang mencukupi.
  2. Mempunyai komitmen untuk bekerjasama dengan kami.
  3. Kontrak kerjasama dimeterai mengikut tempoh perjanjian 4 bulan, 8 bulan atau 12 bulan.
  4. Perjanjian dilakukan menerusi proses guaman dan perundangan yang sah.
  5. Komisyen jualan adalah 20% hingga 30%.